Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
- Bulatan: Menggambarkan bentuk yang dinamik dan peka dengan perkembangan semasa.
- Buku: Ilmu yang dituntut dalam menghadapi dunia yang mencabar.
- Obor: Semangat yang sentiasa berkobar-kobar dalam mengejar impian dan cita-cita.
- Topi: Matlamat untuk mengejar ilmu hingga ke menara gading.
- Biru: Perpaduan antara warga sekolah dalam menempuh masa hadapan pendidikan.
- Merah: Tanda berani menghadapai cabaran globalisasi era kini.
- Putih: Kesucian dan kebersihan niat dan matlamat membentuk generasi masa hadapan.
- Hijau: Ketenangan dan kemurnian jiwa bercita-citakan kejayaan dengan mengekalkan unsur-unsur akhlak dan budaya.
- Kuning: Kesepaduan dan kesepakatan warga sekolah mendidik anak murid dengan penuh amanah dan dedikasi.
- Berdisiplin Berilmu: Pegangan insan yang sentiasa mengamalkan disiplin dalam apa jua usaha termasuk mengejar impian murid.
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
- Melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum.
- Mengikis sikap sambil lewa dalam kalangan murid dan mewujudkan semangat bersaing terhadap pencapaian yang cemerlang.
- Menimbulkan kesedaran bahawa murid adalah aset bagi negara yang tidak ternilai untuk masa yang akan datang.
- Mewujudkan golongan murid yang peka terhadap perubahan.
- Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.
- Meningkatkan pencapaian kognitif, efektif, dan psikomotor dalam kalangan murid supaya menjadi individu yang berpendidikan dan berdisiplin.
- Memelihara keadaan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan taat setia seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.
- Melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
- Mendidik murid-murid membentuk sahsiah yang mulia dan seimbang melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang, agama, dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya.
- Mendidik murid-murid dalam pembentukan sumber tenaga manusia yang produktif, inovatif, beriltizam, berdaya juang dan berketrampilan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan negara.
- Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, ceria, harmoni, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif bagi melahirkan masyarakat penyayang.
- Membimbing murid-murid mencapai tahap optimum mengikut kemampuan masing-masing dalam kurikulum dan kokurikulum sesuai dengan usaha menjadikan SMK Taman Fajar, Sandakan sebagai sekolah yang berbudaya cemerlang dan sekolah bestari.